Rabu, 1 April 2015


Karangan Cogan Kata : Usaha Tangga Kejayaan


       Cogan kata 'Usaha Tangga Kejayaan' sudah menjadi sinonim dalam diri rakyat Malaysia tidak mengira agama,bangsa,dan umur.Cogan kata seperti ini dapat memberi kata-kata semangat kepada seseorang individu melakukan sesuatu perkara sehingga berjaya.Ringkasnya,kejayaan seseorang adalah berdasarkan usaha yang dilakukan olehnya.

       'Usaha Tangga Kejayaan' bermaksud mengerjakan sesuatu dengan bersungguh-sungguh sehingga mencapai matlamat yang diharapkan.Jika kita nampak seseorang itu melakukan sesuatu secara berterusan,bermakna individu tersebut sedang berusaha untuk mencapai matlamatnya.Selain itu,rakyat Malaysia mestilah menyemaikan cogan kata ini dalam diri masing-masing supaya dapat dijadikan sebagai pembimbing kepada kita untuk meneruskan usaha yang dilakukan.

        Oleh itu,kejayaan seseorang individu juga dipengaruhi oleh cogan kata 'Usaha Tangga Kejayaan' kerana individu tersebut dapat mempelajari sesuatu yang baik sekali gus memberi semangat untuk melakukan bidangnya dengan sehabis baik malah dalam semua bidang.Usaha juga memerlukan perancangan yang sistematik dari semua aspek khususnya dalam pengurusan masa.Hal ini demikian kerana dengan adanya pengurusan masa yang baik dapat membantu seseorang menumpukan perhatian yang sepenuhnya dalam usaha yang sedang dilakukan.

        Seterusnya,pihak kerajaan juga mestilah sentiasa menganjurkan aktiviti yang mencabar untuk menggalakkan semua orang menyertainya.Hal ini demikian kerana dengan cara ini,peserta yang menyertai akan sentiasa melahirkan perasaan sentiasa berusaha untuk memenangi sesuatu pertandingan yang disertai malah dapat membantu peserta mempertingkatkan dan memperbaiki usahanya.Ini juga dapat membantu rakyat Malaysia menyemaikan cagan kata ini dalam diri masing-masing.

        Kesimpulannya,cogan kata 'Usaha Tangga Kejayaan' banyak membantu dalam melahirkan kecemerlangan dalam hidup.Namun bukan cogan kata ini sahaja,malah banyak lagi yang dapat membantu dalam memperbaiki kesilapan dan meningkatkan usaha kita.

3 ulasan:

  1. Saya berharap agar semua lapisan masyarakat sentiasa berusaha mengecapi dan menguasai pelbagai ilmu pengetahuan untuk menjamin masa hadapan.

    BalasPadam
  2. Izinkan sye untuk salin.. thanks..

    BalasPadam
  3. Usaha tangga kejayaan......
    Tanpa usaha manakan ada kejayaan......

    BalasPadam