Isnin, 20 Julai 2015

Menghuraikan pendapat tentang langkah-langkah penjimatan perbelanjaan

Dalam mendepani realiti dunia baharu yang kian pantas berubah,sikap berjimat cermat dalam diri masyarakat kita semakin berkuranagn.Misalnya,masyarakat kita semakin hari semakin boros berbelanja tanpa memikirkan masa hadapan mereka.Tak tumbuh tak melata,tak sungguh orang tak kata,hakikatnya amalan berjimat cermat membawa pelbagai kemaslahatan.Persoalannya,apakah langkah-langkah pragmatik yang boleh diambil untuk menjimatkan perbelanjaan?.

Langkah utama untuk menjimatkan perbelanjaan adalah dengan cara menyediakan senarai barangan yang hendak dibeli.Hal ini demikian kerana cara ini akan membolehkan kita berbelanja secara lebih sistematik dan tidak mengikut kemahuan semata-mata sebagaimana kata orang tua-tua ikut rasa binasa,ikut hati mati.Impaknya,kita tidak akan boros berbelanja tersebut untuk masa hadapan.Pendek kata,kita perlulah menyediakan senarai barangan yang hendak dibeli supaya kita tidak berbelanja sesuka hati malahan dapat menyimpan bak kata peribahasa sediakan payung sebelum hujan.

Selain itu,kita haruslah menanam sayur-sayuran untuk kegunaan sendiri sebagai alternatif untuk menjimatkan perbelanjaan.Hal ini disebabkan oleh sayur-sayuran yang dijual di pasar mahupun di pasar raya agak mahal harganya.Amalan menanam sayur-sayuran sendiri bukan sahaja membolehkan kita menikmati sayur-sayuran yang segar dan tiada bahan kimia bahkan juga dapat memanfaatkan kawasan lapang di persekitaran rumah kita.Tegasnya,kita seharusnya berikhtiar menanam sayur-sayuran untuk kegunaan seharian bagi menjimatkan perbelanjaan.

Di samping itu,langkah berikutnya untuk menjimatkan perbelanjaan adalah dengan cara membawa bekalan makanan dari rumah.Hakikatnya,makanan yang dibawa dari rumah lebih bersih dan terjamin zatnya berbanding yang dijual di gerai-gerai ataupun di kedai-kedai di tepi jalan.Secara tidak langsung juga,kita tidak akan keracunan makanan di samping mampu menjimatkan wang saku.Jelaslah bahawa cara ini dapat membantu kita berjimat cermat.Berjimat cermat merupakan amalan mulia.

Kesimpulannya,terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil untuk menjimatkan perbelanjaan.Oleh itu,kita sebagai pengguna seharusnya memilih untuk menjadi pengguna yang bijak berbelanja kerana umpama kata pepatah berakit-rakit ke hulu,berenang-renang ke tepian,bersakit-sakit dahulu,bersenang-senang kemudian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan